31 Dis - Seorang gadis Afghanistan diseksa, dipukul dan dikunci di dalam tandas bawah tanah yang gelap oleh keluarga suaminya selama lima bulan selepas beliau enggan menjadi pelacur.Sahar Gul, 15, berada dalam keadaan kritikal apabila dia diselamatkan dari sebuah rumah di wilayah utara Baghlan minggu lepas, selepas jiran itu melaporkan mendengar Gul menangis dan meraung kesakitan.
Menurut polis di Baghlan, mertuanya turut menarik rambut dan kukunya hingga tercabut selain di cucuh dengan api rokok dan memotong ketulan daging tubuhnya menggunakan playar.Gul turut tidak di berikan makanan yang mencukupi. "Dia telah berkahwin tujuh bulan lalu, dan asalnya dari wilayah Badakhshan. Mertuanya memaksa dia melacur untuk mendapatkan wang".Kata Rahima Zarifi,ketua hal ehwal wanita Baghlan kepada Reuters.
3 Gambar di atas ketika Gul diselamatkan dari penyeksaan.
Walaupun terdapat kemajuan dalam hak-hak wanita dan kebebasan sejak kejatuhan Taliban 10 tahun yang lalu, wanita di Afghanistan masih terdedah pada risiko penculikan, rogol, perkahwinan paksa dan perdagangan.Melarikan diri dari suami yang kejam atau dari perkahwinan paksa adalah satu jenayah moral di Afghanistan dan boleh dipenjarakan.Malah, wanita yang dirogol juga boleh dipenjara!
0 orang orang: