Perbalahan antara bihun dan mee kuning
Bihun sangat cemburukan mee kuning. Walaupun duduk di rak bersebelahan di Supermarket, mereka tidak pernah bertegur sapa. Malah bihun sering mempersendakan mee kuning di depan umum, "Dasar si kuning gemuk... ingat orang suka sangat kat dialah tu!" hari-hari berlalu... namun mee kuning buat derk je dengan segala kerenah dan hinaan bihun.
Sehingga satu hari pekerja Supermarket mengalih rak mee kuning ke tempat lain. Bihun gembira tak terkata kerana tidak lagi melihat musuh tradisinya itu.
Hari berikutnya rak baru diletakkan di sebelah bihun, rak spaghetti. Bihun rasa marah dah berteriak; "Hoi, si kuning gemuk! jangan fikir kau buat teknikrebonding camtu aku tak kenal kau!!!"
Lau Suka Like Butang Comel
Copyright@ segala keringat blog ini hak milik LALA
0 orang orang: