tabmenu

tab

Kenapa Einstein Jelirkan Lidah Dalam Satu Foto?

KRAWLERS | 10:32 AM | Best Blogger Tips


Einstein menjelir lidahEinstein menjelir lidah
Didalam satu foto, Einstein dilihat menjelirkan lidah kearah kamera. Foto berkenaan bukanlah sebuah foto yang diedit tetapi ia adalah sebuah foto yang asal.
Foto asal diambil oleh jurugambar, Arthur Sasse pada 14 Mac 1951 di Priceton iaitu pada acara ulang tahun Einstein yang ke 72. Foto asli sebenarnya Einstein duduk di kerusi penumpang kereta bersama Dr. Fank Aydelotte dan Isterinya.

Pada asalnya, Albert Einstein dan Aydelotte baru pulang daripada acara ulang tahun ke 72 dan penghargaan Einstein. Walaupun Einstein duduk di bahagian belakang kereta, wartawan dan jurugambar tetap mengejarnya. Semua wartawan berusaha menahan Einstein malah Einstein turut menjerit: "Ini sudah cukup, Ini sudah cukup". Namum begitu, wartawan tetap mengejar dan mengajukan pelbagai pertanyaan. Akhirnya dia letih dan kesal, apabila seorang jurugambar mengarahkan untuk bersedia mengambil gambar untuk diabadikan bersempena ulang tahunnya, Einstein menjelir lidah. Disaat itu, Arthur Sasse sempat mengambil gambar itu.

Walaupun dalam keadaan begitu, Einstein sangat suka foto itu. Dia memotong dan memperbanyakkan foto itu untuk dihantar kepada rakan-rakannya. Pada 19 Jun 2009, foto asli asal telah dijual pada harga $74,324, ia adalah record baru dalam jual beli gambar Einstein.


Lau Suka Like Butang Comel

0 orang orang:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
WhAt LaLa Do?
Copyright@ segala keringat blog ini hak milik LALA